Aku seorang penulis yang menulis semua mimpi dan ceritaku

Wednesday, 21 November 2018

Semarak Api Cinta (Sinopsis)

Amani tidak pernah tahu asal usul dirinya. Hanya satu perkara dia tahu, ibu bapa yang menjaganya sekarang sangat menyayanginya kerana telah menjaganya dari kecil. Namun sepupunya, Farah, sangat membenci Amani atas satu kejadian yang terjadi antara mereka 8 tahun dahulu.

Adam Danish, bekas bos semasa Amani praktikal meluahkan perasaan pada Amani berkali-kali namun ditolak oleh gadis itu sehinggakan dia hilang perasaan cinta pada Amani. Namun, disaat Danish sudah tidak menyintai Amani, Farah mengatur satu percaturan untuk membalas dendam pada Amani dan Danish juga menjadi mangsa.

"Tak cukup kau buat maksiat tu, kau nak fitnah lagi semua orang? Kau dah malukan kami semua dengan perangai tak senonoh kau tu. Kau tahu tak yang aku kena tahan malu jamin kau kat pejabat agama tadi.
    Imam tu kenal dengan aku, rapat. Kau tahu nama aku dah buruk sebab kau. Kau tak sedar lagi? Cukuplah dosa zina kau tu, jangan tambah dengan fitnah lagi. Aku takkan biarkan kau buat sesuka hati kau lagi." Tengking Datuk Johan.
    Amani terdiam. Hanya air mata yang mengalir. 
"Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu.

*********************
"Aku dah cakap jangan panggil aku abang! Kau pekak ke apa, perempuan? Aku tak suka kau panggil aku abang. Aku benci! Aku bencikan kau. Sebabkan kau perangkap aku, aku kena kahwin dengan kau.
Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Nak sangat hadap muka kau yang menyampah ni? Aku tak sukakan kau. Aku bencikan kau. Kau ni tak layak jadi isteri aku." Danish menghamburkan marahnya dengan kuat.
*****************

Amani redha dan akur dengan takdir ini dan hari demi hari, perasaan api cintanya marak dan membara. Namun, disebalik kejadian, ada rahsia yang lagi besar tidak diketahui Amani. Kisah yang melibatkan dendam, cinta dan kekeluargaan.


No comments:

Post a Comment