Amani mengerling jam di desktop.
Sudah hampir jam 12. Hari ini, Mukhlis ingin makan bersama. Sudah hampir 2
minggu Amani tidak bertemu dengan abang sepupunya itu. Mungkin, ada perkara
penting yang ingin dibincangkan.
Mukhlis
bukanlah jenis lelaki yang pandai bermanis dan berlawak. Orangnya tegas dan
hanya bercakap apa yang perlu sahaja. Meskipun begitu, Mukhlis tidak pernah
menggunakan kata-kata biadab walaupun dalam menegaskan sesuatu.
Mungkin,
disebabkan dialah satu-satunya anak Datuk Ramli dan Datin Rohaya membuatkan dia
merasa bertanggungjawab dan serius dalam semua perkara. Datuk Ramli adalah
abang kepada Datuk Johan. Hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat. Yalah,
mereka hanya ada 3 beradik sejak dari kecil. Jadi, siapa lagi yang akan menjaga
adik beradik melainkan keluarga kita sendiri.
“Ani, kau
dah siapkan belum report intern?”
Soal Fariha dengan perlahan sambil mendekati Amani.
“Belum. Aku
masih dalam proses lagi. Kau?” Amani membetulkan tudungnya melalui cermin kecil
diatas mejanya. Tudung berwarna peach yang dibelinya minggu lepas sangat
disukainya.
“Aku tengah
siapkan. Macam banyak aje benda yang kena report.”
Adu Fariha lalu bersandar dimeja Amani.
Amani
menoleh kearah Fariha.
“Kau buat report tu waktu bekerja?”Soal Amani
serius. Fariha mengangguk dengan senyuman.
“Kau tahu
tak kita tak boleh campur adukkan kerja personal
kita dengan kerja pejabat. Waktu pejabat, kita hanya boleh fokuskan untuk
kerja pejabat sahaja. Tak eloklah macam tu, Riha.” Amani bernasihat dengan
lembut.
Kalau
diikutkan protokol dan adab berkerja, tidak sepatutnya kita menggunakan masa
bekerja untuk menyiapkan kerja personal. Itu tidak adil untuk majikan kerana
bayaran dibayar untuk setiap saat yang kita gunakan untuk menyiapkan kerja
syarikatnya.
“Alah, aku
dah tak ada kerja. Semua kerja yang Kak Fatin bagi, aku dah settle kan. Aku pun dah tanya dia ada
kerja lain tak yang boleh aku buat. Tapi, dia cakap buat masa sekarang tak ada.
Jadi, aku minta izin buat kerja aku ni lah. Kak Fatin bagi green light kot.” Fariha menjelaskan dengan senyuman. Gadis
bertudung kuning itu tampak tenang sekali.
“Ikut kau
lah, Riha.” Amani memandang semula desktop
nya.
“Apa kerja
kau tengah buat?” Fariha memandang desktop Amani.
“Inilah
kerja aku hari ni. Encik Danish suruh aku berikan dia report on petty cash. Masalahnya, dia bagi aku resit-resit untuk
aku susun dan key in data. Banyak kot
resit aku kena susun by date. Dia
memang sengaja nak susahkan aku. Sebelum ni, ada staff yang selalu buatkan
lah.” Amani mengadu dengan panjang lebar. Memang dia tak puas hati sangat.
“Kesian kat
kau kan, Ani. Tapi, salah kau juga mengata dia hari tu. Kalau aku jadi dia pun
aku berdendam.” Ujar Fariha lalu ketawa. Amani mengerling tajam pada sahabatnya.
Ya, memang
salah dia. Kerana tidak puas kena kutuk sebelum ini, Amani membuat tindakan
yang luar biasa. Semuanya berlaku kelmarin.
“Baiklah,
kita tamatkan meeting kita di sini.”
arah Danish seraya mesyuarat bersurai. Meeting
itu hanya di kalangan department finance.
Amani
ditugaskan untuk menutup semua peralatan yang digunakan di dalam bilik
mesyuarat. Selesai menutup projector,
dia terjumpa handphone berwarna hitam
di bawah meja. Dia tahu tuan punya handphone
tapi, disebabkan untuk membalas dendam, diambil handphone itu dan menuju ke mejanya.
Amani
meletakkan handphone itu diatas
mejanya dengan senyuman sinis. Memang aku akan kenakan kau balik, mulut
longkang. Luah Amani dalam hati.
“Ani, phone siapa tu?” Soal Fariha yang berada
di meja sebelah. Amani menoleh lalu mengangkat kedua bahunya.
“Ani, did you found any phone in meeting room?”
Danish bersuara tiba-tiba dari belakang. Amani tersenyum sinis sebelum
memusingkan dudukannya dengan wajah blur.
“Ada. Ni phone tu.” Danish mengambil handphone
dari tangan Amani.
“Tapi, siapa
punya phone ni, Encik Danish?”Amani
sengaja menanyakan soalan itu. Dia sudah menyediakan ayat seterusnya. Dalam
kepalanya hanya ingin mengeluarkan ayat itu.
“Of course its my phone. Sebab itu saya
minta dari awak.”
Amani
tersenyum sinis sebelum menghela nafas panjang. Ayat yang bakal dikeluarkan ini
memang dah lama dipendam.
“Ada orang
cakap pada saya, telefon bimbit yang selalu guna pun boleh lupa. Lalai.
Perangai macam ni lah yang susah nak majukan diri nanti”
Puas hati
Amani dapat luahkan ayat itu. Inilah peluang yang ditunggunya selama beberapa
minggu ini. Rasakan apa yang kau dah cakap pada aku dulu. Amacam? Best tak kena ayat pedas macam tu? Kau
sendiri yang ucapkan ayat tu, aku cuma ulang balik. Amani berkata didalam hati.
Jelas
kelihatan wajah tegang pada wajah Danish. Fariha pula terbeliak biji mata macam
nampak hantu. Tak sangka Amani seberani ini. Tambah kecut perut bila tengok
muka Danish yang dah kelat tu. Memang sengaja cari nahas perempuan ni.
Danish
memaniskan wajahnya.
“Well, that is true. Tapi, saya cari my phone semula sebab saya tak lupa.
Sebab phone ni tercicir tadi. Ada
orang tu, kalau tak diberi phone dia,
sampai rumah baru di ingat. Itu baru pelupa namanya. Pelalai.” Danish beredar
seusai menghabiskan ayatnya.
Amani
mengetap bibirnya. Dilihat susuk tubuh lelaki itu dengan tajam. Kalau ada laser
keluar sekarang ini, jelas laser itu kearah Danish. Nak kenakan Danish, dia
pula yang terkena. Memang mamat tu tak pernah mengalah rasanya.
“Hei, kau
gila ke apa, Ani? Boleh kau cakap macam tu kat Bos.” Fariha menolak kerusinya
dekat dengan Amani.
Amani
menghembus nafas panjang. Dia tahu, dia baru saja campakkan dirinya kedalam
lembah keseksaan. Dia tahu, sebelum praktikalnya tamat, pasti Danish akan
menyeksanya. Aduh, menyesal pun ada sekarang.
Bunyi
telefon menyentakkan Amani dari lamunan. Dia membaca mesej yang masuk. Dari
Mukhlis. Fariha mengangkat kedua keningnya tanda nak tahu. Biasalah, busy body.
“Abang Mukh.
Dia ajak aku lunch hari ni.” Fariha
mengangguk faham. Dia kenal dengan Mukhlis sejak sekolah menengah lagi.
“Eh, kau nak
join lunch dengan kami tak?” Amani
mempelawa. Mukhlis dan Fariha sudah rapat. Jadi, memang tak ada istilah awkward.
“Aku puasa
sunat hari ni. Lain kali lah.”
“Wow, puasa
tak ajak aku pun ya. Nak pahala seorang diri.”
“Aku niat
puasa sebelum subuh tadi. Macam mana nak ajak kau. Lagipun, sekarang ini kan
aku tinggal dengan kakak aku buat sementara. Jadinya, aku ajak lah dia puasa sekali.
Mana tahu dengan puasa, dia boleh berubah sikit-sikit.”
Fariha
tinggal bersama kakaknya di Ampang buat sementara kerana abang iparnya outstation selama sebulan. Kak Fatiha
adalah anak kedua dari lima orang anak Datuk Jamal dan Datin Fuziah. Fariha adalah
anak bongsu kepada pasangan itu.
Kehidupan
Fatiha agak bebas walaupun setelah berkahwin. Yalah, hidupnya dengan berseronok
tidak akan tamat walaupun telah berkahwin. Dia tetap juga mengunjungi
kelab-kelab malam walaupun hanya bersama-sama kawan perempuan. Sudah puas
Fariha nasihat, tetapi hanya kata-kata kesat yang dia dapat.
Jadi, dengan
kepergian abang iparnya selama sebulan, Datin Fuziah mengarahkan Fariha untuk
tinggal bersama kakaknya. Dengan Fariha ada dirumah itu, Fatiha mungkin tidak
akan mengajak sesiapa untuk datang berparti. Itulah tujuan utama Datin Fuziah.
“Yalah. Aku
faham. Kau nak aku teman berbuka tak nanti?”
“Tak
payahlah. Aku berbuka dengan Kak Tiha.”
“Alright.” Amani tersenyum lalu
meneruskan kerjanya semula. Fariha kembali semula ke mejanya.
Dia menyusun
semula resit-resit yang berterabur didalam kotak itu. Nasib baik sudah separuh
resit-resit itu disusun. Untuk data entry
perlukan sekejap sahaja kerana syarikat ini menggunakan sistem akaun yang
terbaru. Dengan teknologi yang semakin berkembang maju, manusia juga semakin
mudah untuk melaksanakan tugas.
Selesai
sahaja menyusun resit-resit itu, Amani meletakkan semula ke dalam kotak dengan
rapi. Dia akan menyambung kerjanya selepas lunch. Jadi, semua dokumen ini
haruslah di simpan di bilik penyimpanan dokumen. Dia bangun dari kerusinya
dengan kotak yang besar.
“Aduh!”
Amani yang sedang bangun dengan kotak terlanggar seorang wanita yang berjalan
di belakangnya. Kotak itu terlucut dari tanggannya.
“Sorry, Cik okay?” Amani memegang lengan wanita itu.
Wanita itu
tersenyum sambil memegang tangan Amani semula. Dengan tudung shawl berwarna silver, senyuman itu
lebih tampak manis. Amani membalas dengan ceria.
“Cik Jiha!”
Amani gembira melihat wanita didepannya ini.
“Apa khabar,
Ani? Lama tak jumpa.” Najiha beramah mesra. Amani mengangguk dengan gembira.
Najiha
adalah anak kepada pemilik syarikat ini. Dengan kulit sawo matang dan mata yang
bulat, cukup menampakkan kecantikannya. Tambahan lagi, peribadi Najiha yang
mesra dan sopan membuatkan Amani sukakannya.
“Baik,
Alhamdulillah. Cik Jiha apa khabar? Memang dah lama tak jumpa. Dah dekat
sebulan setengah kan?”
“Itulah.
Rindu juga pada Amani. Lagi satu, kan akak dah pesan jangan panggil Cik Jiha.
Akak bukan ada position apa pun kat
office ni. Jangan panggil macam tu dah ya.” Najiha mengusap belakang Amani
dengan lembut.
“Baiklah,
AKAK.” Amani menekan perkataan itu lalu mereka ketawa dengan mesra.
“Akak nak
jumpa Danish kejap. Dia ada di bilik kan?” soal Najiha.
“Ada.” Amani
menjawab dengan anggukan.
“Nanti, ada
masa kita borak lagi ya. Akak ada urusan sikit dengan Danish.”
Najiha
berlalu pergi setelah Amani mengangguk. Amani melihat kelibat wanita itu
sehingga hilang ke dalam bilik Danish.
Pertama kali
bertemu dengan Najiha, Amani merasa mesra dengan sifat dan layanan yang
diberikan. Najiha sering singgah di pejabat dan mengajaknya lunch bersama-sama. Katanya, Amani
mengingatkan dirinya tentang apa yang pernah di lakukannya semasa praktikal
dahulu.
Pada
mulanya, Amani hairan dengan kehadiran Najiha yang hampir setiap masa datang ke
pejabat. Namun, Najiha pernah menceritakan tentang tujuannya yang ingin
membantu Danish untuk menyesuaikan dirinya di syarikat. Danish juga baru sahaja
menjawat jawatan itu sebulan sebelum dia memulakan praktikal.
Tetapi, yang
menjadi kemusykilan sekarang ini, apa hubungan mereka? Setahu Amani, Najiha
adalah anak tunggal pemilik syarikat ini. Nak ditanya, takut kena cop busy body. Tak ditanya, bertanya-tanya
seorang diri. Bukan sebab ada hati pada Danish, tapi sebab sifat manusia yang
nak jaga tepi kain saja. Manusia kan kalau boleh nak tahu semua benda.
“Ani, kenapa
berdiri tercegat kat situ?” Fariha memukul bahu kawannya.
“Eh, lupa
pulak nak bawa kotak ni ke bilik simpanan.” Amani mengangkat kotak tersebut
lalu bergegas ke bilik simpanan. Laju langkahnya.
No comments:
Post a Comment