AMANI menatap ke luar jendela biliknya.
Hujan semakin lebat dan tidak kelihatan akan berhenti. Keadaan diluar gelap
walaupun jam baru sahaja menunjukkan 5 petang. Hatinya terasa seperti di
remuk-remuk saat ini.
Bukan dia
tak tahu perangai sepupunya, Farah. Selalu sahaja cari pasal dengannya. Dari
kecil sampai ke besar, Farah tak pernah layan dia dengan baik. Tapi, perkara
yang dibangkitkan Farah sebentar tadi benar-benar menyakitkan hatinya.
“Kau tak
payah nak tunjuk pandai dengan aku. Setakat buat teh, aku pun pandai.” Sindir
Farah sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur.
Amani
disuruh ibunya untuk menyediakan teh bagi tetamu mereka yang tak asing lagi,
Datin Safiah, adik ipar ibunya. Farah pun turut menziarah bersama. Memang dalam
sebulan, paling kurang 2 kali mereka akan datang untuk melawat.
“Apa masalah
kau ni, Farah? Aku buat air aje, bukan ajar kau buat air pun.” Balas Amani
dengan tenang. Tangannya ralit menyusun cawan kedalam dulang.
“Sebab kau
nak tunjuk pandai, tu yang aku kena ikut kau masuk dapur ni. Kau memang sengaja
buat-buat rajin depan mak aku kan.” Tuduh Farah lagi.
“Apa pasal
pula aku buat-buat rajin depan mak su ni. Dah mama aku suruh aku buat air,
kenalah aku buat.”
“Alah, kau
sengaja buat rajin depan kami. Mak aku tu, kalau tengok kau buat sesuatu, mesti
dia nak aku buat sekali. But, so sorry
okay. Aku tak layan benda remeh macam ni. Aku boleh upah orang gaji untuk
buat kerja ni. Ops, kau ni memang dah muka macam orang gaji kan, memang
padanlah dengan kau.” Sindir Farah lagi dengan ketawa mengejek.
Amani beriak
biasa. Malas nak melayan karenah sepupunya. Bukan pertama kali Farah
menyindirnya begini. Dia sudah lali.
“Kau datang
sini nak tolong aku ke nak kacau aku? Kalau kau tak nak tolong, pergi duduk kat
depan tu semula.” Arah Amani.
“Buat apa
aku nak tolong kau. Rumah ni ada orang gaji, tapi kau tetap juga nak buat benda
ni sebab nak tunjuk rajin. Ha, buatlah sendiri.”
“Kalau macam
tu, sila berambus.” Kasar Amani menghalau.
“Hey, aku
pun tak ingin nak masuk dapur ni. Kalau tak sebab mak aku suruh, aku tak ingin
masuk dapur tengok muka kau.” Ujar Farah dengan nada agak tinggi.
“Suka hati
kau lah Farah. Aku tak paksa kau. Lagipun, aku suka buat kerja macam ni. Bukan
ke nanti bila dah kahwin, kita sebagai isteri kena pandai jaga hati suami
dengan benda-benda macam ni.” Ujar Amani dengan tenang sambil membancuh teko.
“Kau tak
payah nak tunjuk baik sangat dengan aku. Nak jaga hati suami bagai. Sepatutnya,
kau yang tak kahwin lagi ni, kena jaga air muka mak ayah kau. Jangan sampai
menconteng arang ke muka mereka.”
Amani
mengerutkan dahinya.
“Aku pandai
jaga diri aku lah Farah. Thanks for your
concern. Tapi, aku masih lagi waras untuk jaga maruah aku dan keluarga
kita.”
Farah
mencebik dengan muka bosan.
“Kau tak
payah nak tipu aku. Aku tahu apa kau buat kat luar dengan jantan. Aku nampak
sendiri dengan mata aku. Kau keluar berdua-duan dengan lelaki minggu lepas.”
Amani
menghentikan tangannya. Dia pantas memandang Farah dengan hairan.
“Apa kau
cakap ni Farah? Lelaki mana kau cakap ni?” Soal Amani dengan bercengkak
pinggang.
“Tak payah
buat-buat tak faham lah. Aku nampak kau dengan seorang lelaki di Mid Valley
rabu lepas. Apa yang kau dengan jantan tu buat?”
Amani
terdiam sebentar. Dia cuba mengingat. Dengan siapa aku keluar berdua-duan?
Seingat dia, Rabu lepas, dia keluar ke Mid Valley bersama supervisor dan
pekerja yang lain. Itupun sebab dipaksa oleh supervisor untuk ikut sekali
meeting di Mid Valley. Tak ada pula berdua-duaan.
“Kau tak
payah nak buat muka blur tu. Aku cuma
nak ingatkan kau, tak payah nak bergatal sangat di luar. Jaga maruah keluarga
kalau kau tu dah tak pandai nak jaga maruah sendiri.
Ini tidak, keluar dengan jantan sana
sini. Itu yang aku nampak depan mata. Kalau
dibelakang, entah apa yang kau dah buat kan. Entah-entah kau
ni dah tak suci.”
“Farah!! Kau
jangan melampau. Jangan pandai nak fitnah aku sampai macam tu sekali.” Marah
Amani. Menderau darahnya dengan tuduhan Farah.
“Hey, aku
tak tuduh ya. Aku cuma ingatkan kau. Kalau diri itu dah tak suci, tak payah nak
tunjuk baik. Bawa jantan ke hulur ke hilir. Tak malu ke?”
Pang!!!
Satu
penampar hinggap ke muka Farah. Berderau darah Amani. Terjegil biji mata Amani
macam nak telan Farah hidup-hidup.
“Kau jangan
main fitnah aku macam itu. Aku tak ingat pun aku pernah keluar dengan mana-mana
lelaki. Aku masih waras Farah. Aku pandai jaga diri aku lagi. Kau itu yang
sepatutnya risaukan diri kau.
Aku sayangkan keluarga aku. Aku
takkan sekali-kali calarkan nama baik keluarga aku. Kau tak patut cakap benda
macam ni. Kita semua satu keluarga.” Tinggi suara Amani membela diri.
Farah memegang pipinya yang panas
kerana ditampar tadi. Matanya bulat memandang Amani. Memang nak mati perempuan
ni.
“Keluarga? Kau pasti ke pasal tu?”
Soal Farah dengan sinis sambil menurunkan tangannya dari pipi. Perlahan-lahan
dia mendekati Amani.
“Kau dah lupa ke kau tu siapa? Kau tu
hanyalah anak angkat. ANAK ANGKAT!!” Farah sengaja menekan suaranya.
Amani terdiam.
“Kau tak payah buat muka terkejut.
Kau memang dah tahu perkara ni dari dulu lagi. Aku cuma nak ingatkan siapa diri
kau sebenarnya.” Ujar Farah dengan bengis lalu keluar dari dapur.
Amani menutup matanya dengan
perlahan. Air mata berjuraian dengan lebat, selebat hujan di luar. Kebenaran
yang selama ini cuba dilenyapkan diingatkan semula. Iya, Amani adalah anak
angkat kepada Puan Latifah dan Datuk Johan.
Dia mengetahui kebenaran ini ketika
umurnya mencecah 8 tahun. Ketika itu, ahli keluarganya berjanji untuk tidak
mengungkit lagi perkara ini. Kuburkan semua ini. Anggap semuanya seperti ahli
keluarga sendiri.
Memang ibu bapanya berjanji untuk
tidak mengungkit lagi perkara ini. Tetapi, kebenaran tidak akan pernah dapat
dilupuskan walau berapa kali cuba untuk dilupakan. Amani sedar, ibu bapanya
tidak pernah menyebut perkara ini semenjak itu.
Ini semua salah Adam Danish Bin
Abdullah!! Kalau tak di sebabkan dia, Farah tak akan mencerca dia sebegini
rupa. Menyesal pun ada keluar bersama dia minggu lepas. Kalau tak disebabkan
dia itu supervisor practical training,
memang tak ingin Amani keluar bersama. Adam Danish, mengelegak panas Amani
apabila teringat nama itu.
No comments:
Post a Comment