Aku seorang penulis yang menulis semua mimpi dan ceritaku

Sunday, 24 November 2013

Cara Menguatkan Grammar English

Assalamulaikum,,,,

hari ni saya nak share satu link untuk pelajar-pelajar di luar sana yang mengalami masalah dengan bahasa inggeris. grammar dan sebagainya yang dianggap terlalu susah untuk difahami dan dipelajari.

jangan risau, semua itu boleh diatasi dengan cara yang betul dan bijak. kita perlu mengasah otak fikiran kita supaya boleh menguasai bahasa inggeris. dengan perbanyakkan latihan dan juga membaca, bahasa inggeris akan mudah dikuasai. saya juga mengalami masalah dengan bahasa inggeris dulu. sekarang saya sudah dapat menguasai dengan baik walaupun tidak secerkap mana. sekadar boleh faham dan berinteraksi. grammar saya dan juga vocab sudah boleh diatasi. semua ini boleh dicapai dengan semangat yang kuat dan kerajinan kita sahaja.

baiklah, saya share link ini untuk semua pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin mengukuhkan bahasa inggeris.

Grammar and vocab

writing and others


Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya. ingat, jika ada perkara yang tidak faham jangan malu untuk bertanya dengan orang yang lebih pandai kerana ciri-ciri orang yang berjaya adalah sering bertanya perkara yang tidak diketahui dan yang ingin diketahuinya.

Jumpa lagi. Ma'assalamah!!

No comments:

Post a Comment