“TUNGGU!!” Amani menjerit sambil berlari
mendekati lif. Pintu lif yang sedang tertutup ditahan dengan tangannya.
Penumpang lif agak terkejut dengan aksi Amani. Ada yang tergelak di belakang.
Pintu lif terbuka semula dan Amani masuk dengan muka merona merah.
Bukan kerana
penumpang yang sedang terkekek mengetawakannya tetapi sebab orang yang berada
dibelakangnya, Adam Danish. Kenapalah boleh terjumpa di dalam lif ini. Amani
menundukkan wajahnya.
Lif berhenti
di tingkat 16. Amani meluru keluar dengan laju macam kena kejar dengan singa.
Memang baginya, Adam Danish itu singa.
“Amani.”
Seru Danish dengan nada keras. Amani berhenti di pintu masuk pejabat. Saat itu,
hatinya berdebar bagai nak tercabut dari jantung. Mampus aku…
“Ya, Encik
Danish?” Jawab Amani dengan perlahan sambil menoleh kepada Danish.
Danish
menghampirinya dengan wajah yang kelat.
“Awak tahu
dah pukul berapa sekarang?” Soal Danish dengan nada keras.
“Ta..tahu.”
Jawab Amani terketar-ketar. Peluh-peluh kecil menghiasi dahinya.
“You are late!” Danish memandangnya
dengan mata yang tajam. Amani dah tertunduk macam orang sakit belakang. Kalau
boleh, sikit lagi dah sama macam ruku’ dalam solat.
“I’m sorry, Encik Danish. Tapi, tadi ada emergency. Itu yang saya lambat.” Amani
membela dirinya tapi dengan nada yang perlahan.
“I don’t like this kind of behaviour. Apa
pun alasan awak, you should always be
prepared. Jangan jadi orang yang tahu bagi alasan aje. Elakkan dari
benda-benda macam ini.”
Amani
mengangguk. Wajahnya masih tertunduk.
“Sudah.
Masuk pejabat sekarang.” Arah Danish lalu membuka pintu dan masuk dahulu. Amani
mengangkat mukanya dengan wajah mencuka. Yalah, baru kena marah. Mana taknya
muka macam itu.
Amani
meletakkan begnya di bawah meja kerjanya. Fariha, seorang lagi practical student yang duduk di meja
sebelah menghampirinya.
“Wey, kenapa kau lambat? Dah 10:30 pagi
dah ni.” Soalnya.
Amani
menghela nafas panjang sebelum membuka komputer. Lalu dipandangnya Fariha
dengan wajah sedih.
“Tadi, masa
aku on the way, ada seorang mak cik kena langgar dengan motorsikal masa dia nak
melintas jalan. Waktu itu, jalan memang tengah jem. So, aku turunlah dari kereta
tolong mak cik tu yang tengah terbaring di sebelah kereta aku.
Lamalah juga nak tunggu ambulan
datang. Itu yang aku lambat masuk kerja hari ini. Bukan aku sengaja, Riha.
Selama kita praktikal kat sini, pernah kau tengok aku lambat tak? Aku selalu
jaga disiplin tahu.” Amani menjelaskan kejadian pagi itu kepada Fariha. Tangannya menaip password komputer dengan
laju.
“Tapi, kau nak tahu apa yang paling
aku buat aku sedih tadi?” Soal Amani lalu mendekatkan dirinya dengan Fariha.
Dengan riak ingin tahu, Fariha menolak kerusinya juga.
“Aku terserempak dengan Encik Danish
di dalam lif.”
Fariha membuntangkan matanya.
Mulutnya agak terlopong. Yalah, Danish memang terkenal dengan sikap tegas dan
mematuhi waktu. Perkara paling dipantang bos besar itu adalah waktu berkerja.
“Dia marah aku di luar tadi. Manalah
aku tahu dia masuk office jam begini.
Bukan selalu dia masuk dalam pukul 12 ke? Malangnya nasib aku hari ini. Kau
tahu sajalah Encik Danish tu. Bukan nak cakap elok-elok.” Omel Amani dengan
nada sedih.
“Nak buat macam mana, Ani. Dah kita ni
intern. Nak tak nak, kena hadam
sajalah apa yang dia cakap. Tak apa, tinggal sebulan aje lagi. Lepas ini, kita
dah free dari pejabat ni.” Pujuk
Fariha, selaku kawan baiknya dari kecil sampai besar.
“Itulah Riha. Menyesal pun ada
sekarang ni buat internship kat
sini.” Amani memandang sayu sahabatnya itu.
“Kau yang nak sangat kita praktikal
sini. Syarikat ayah kau yang punyalah besar kau tak nak. Syarikat orang lain
juga yang kau pilih.” Perli Fariha.
Amani tahu, dia boleh selesaikan
latihan praktikalnya di syarikat milik papanya, HQ Holdings. Tetapi, kerana
ingin menimba pengalaman dari syarikat yang tidak ada kena mengena langsung
dengan dirinya, dia memilih jalan ini. Dia mahu pekerja melayannya sebagai
budak praktikal, bukan anak kepada pemilik syarikat.
“Eleh, cakap kat orang. Kau tu pun
sama. Bapak kau bukan ada company besar ke kat Malaysia ni? Siap ada branch
lagi di setiap daerah. Kenapa kau tak nak buat latihan kat situ?” Balas Amani
kembali.
Fariha juga berasal dari keluarga
yang kaya. Tetapi, dia melihat sahabatnya ini dengan mata hati. Tidak pernah
sedikit pun Fariha menunjukkan dirinya kaya. Keluarganya mempunyai nilai aset
berbilion tetapi, Fariha masih menganggap dirinya tiada apa-apa. Mungkin,
kerana sikap mereka hampir sama, Amani mudah berkawan dengannya.
“Sebab aku nak teman kau lah. Kau kan
sahabat aku dunia akhirat.” Ujar Fariha membuahkan senyuman di bibir Amani.
Iya, Fariha dan Amani sudah berkawan
sejak tadika lagi. Mereka berjiran dan bersekolah dari kecil sehinggalah ke alam
univerisiti. Mereka juga mengambil jurusan kewangan islam di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Dialah satu-satunya kawan yang boleh memahami dan
menghargai dia seadanya.
“Thanks,
sayangku. Kau pun sahabat aku dunia akhirat.” Balas Amani dengan senyuman lebar
lalu memeluk lengan Fariha dengan manja. Mereka ketawa kecil bersama.
“Ehem, Ehem.” Bunyi itu membuatkan
Amani dan Fariha terkejut. Terus badan mereka berpusing.
“Encik Danish..” Amani bernada
perlahan sambil memandang wajah Fariha. Danish dengan wajah ketatnya memandang
mereka satu persatu.
“Dah tak ada kerja ke borak-borak
macam ni?” Soal Danish.
Amani dan Fariha tersengih macam
kerang busuk sambil memandang wajah masing-masing. Bukan tak biasa kena soalan
macam ini. Dah lumrah praktikal. Memanglah kena hadam apa yang orang maki.
Sudah 2 bulan dia melakukan prakital
di syarikat Arasy Berhad, sebuah syarikat yang agak besar di Malaysia. Fariha
yang memperkenalkan syarikat ini kepadanya. Mereka memohon bersama-sama dan
diterima serentak untuk menjalankan praktikal.
Tapi, sejak dari hari pertama, dia
memang tak sukakan sikap Danish. Baginya, Danish seorang yang baran, tidak
memahami situasi orang lain dan suka bercakap kasar. Dia memang tak boleh
pandang wajah Danish. Mendadak naik darahnya. Tapi, hakikatnya, Danish adalah
bosnya. Nak tak nak, kena hadap juga.
No comments:
Post a Comment